^ ^

Sunday, 30 December 2012

Terdapat 10 Jenis Tangisan Dalam Dunia-Ibnu Qayyim

Mana satu tangisan yang selalu kita tangisi? Nabi Muhammad menangis mengenangkan umatnya..bagaimana dengan anda?

1 Menangis kerana kelembutan hati

2 Menangis kerana takut

3 Menangis kerana cinta


4 Menangis kerana gembira

5 Menangis kerana menghadapi kegembiraan

6Menangis kerana terlalu sedih

7Menangis kerana terasa hina dan lemah

8Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

10. Menangis orang munafik – berpura² menangis

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 Golongan Lelaki Masuk Neraka Kerana Wanita


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


-3. Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


4. Anak lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tips Bangkit Dari Kegagalan Bercinta


  1. Berfikiran Positif!!
  2. Elakkan diri dari bersendirian
  3. Sibukkan diri dengan melakukan kerja
  4. Selalu luangkan masa bersama rakan-rakan
  5. Baca buku yang berkaitan dengan perihal agama (Novel cinta tidak sesuai)
  6. Dengar lagu tentang ketuhanan (jangan lagu cinta tau)
  7. Tanamkan minat pada sesuatu benda yang baru yang korang tak pernah ambil tahu sebelum ini seperti: ambil tahu perihal isu semasa dan mengikutinya dalam tv atau akhbar.
  8. makan coklat juga boleh hilangkan stress
  9. Bersukan juga adalah salah satu kaedah yang sesuai. "badan sihat minda cergas"
  10. Lawan perasaan sedih dengan memberi semangat pada diri sendiri.
  11. Ingat, cinta pada pasangan cuma perkara ketiga, sebab yang utama adalah cinta pada tuhan dan cinta pada kedua ibubapa. so, kenapa mesti sampai nak seksa diri bila putus cinta? kemon!!
  12. Buang kenangan bersama sidia dan benda yang berkaitan dengan sidia..takyah ingat! tetapi jangan membenci!
  13. Ingatlah kata-kata ini, "sidia tinggalkan kita bukan sebab kita bukan yang terbaik untuknya,tetapi sebaliknya sidia bukan yang terbaik untuk kita" 
  14. Yakin bahagia itu milik korang dan akan tiba suatu hari nanti (kesabaran)
  15. Dekatkan diri pada tuhan. dirikan solat dan selalu berdoa insya allah bahagia.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 29 December 2012

Kenali simptom kanser payudara dan cara mencegahnya


1)  Usia
Bagi wanita, risikonya diserang kanser payudara meningkat apabila usianya 40-an sementara  bagi lelaki pula risikonya meningkat pada usia 60-an.

2) Genetik
Risiko menghidap kanser payudara meningkat jika memang ada saudara terdekatnya  yang pernah diserang kanser payudara.

3) Pola makan yang tidak sihat dan mengalami obesiti.

4) Merokok dan sering minum minuman beralkohol.

5) Malas bersenam.


Berikut adalah beberapa simptom apabila diserang kanser payudara:
- adanya benjolan pada atau di sekitar payudara setelah habis tempoh haid 
- perubahan pada bentuk dan ukuran payudara
- keluar cecair jernih atau kemerah-merahan dari puting
- kulit payudara berkedut atau bersisik
- kulit payudara berubah menjadi kemerah-merahan (radang) dan berlaku perubahan pada puting (misalnya, mengelupas)

Kurangnya kesedaran terhadap bahaya kanser payudara seringkali membuatkan penyakit  ini dikesan hanya setelah parah, terutamanya pada lelaki.  Bagi mencegah kanser payudara, anda disarankan supaya  melakukan pemeriksaan rutin ke atas diri sendiri (self-exams). Rabalah payudara untuk mengetahui kemungkinan adanya benjolan, atau lakukan pemeriksaan dengan mamogram apabila anda memasuki usia 40 tahun, lebih-lebih lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara. Pemeriksaan dengan Sonomamogram 3D adalah lebih tepat dan selamat kerana ia tidak menggunakan radiasi.

Perlu tip yang lebih mudah untuk mencegah kanser? Anda harus rajin bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Makan makanan sihat juga dapat membantu mencegah kanser, contohnya pelbagai beri (strawberi dan raspberi) yang kaya dengan antioksida dan sayur-sayuran hijau (bayam, brokoli dan kubis).  Juga, elakkan makanan yang diproses dan yang mengandungi banyak lemak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 27 December 2012

Di Sebalik Tangisan Lelaki

LELAKI
di sebalik kerasnya lelaki, mereka juga menangis, tetapi air matanya jarang mengalir.



LELAKI
di luar semuanya terkawal, bukan kerana ego tetapi menangis bagi lelaki adalah terlalu pribadi, sebab lelaki perlukan ruang untuk bersendirian, menangis tanpa di perhatikn.


LELAKI
sekeras-kerasnya lelaki pasti mengalirkn air mata tatkala rindu mencengkam jiwa insan yang di sayangi pergi buat selama-lamanya.


TANGISAN 'LELAKI SEJATI' ADA KEKUATAN TERSEMBUNYI YANG LUAR BIASA
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tips Memilih Kasut Flat

Kasut Flat adalah kasut yang amat sesuai untuk digayakan di mana saja sama ada ketika anda membeli belah mahupun ke pejabat ini kerana kasut flat ini juga terdapat pelbagai pilihan gaya dan corak menarik. Tidak ketinggalan juga jika anda mahu ke majlis formal tetapi anda tidak selesa dengan kasut yang bertumit tinggi. Dengan adanya pelbagai jenis kasut flat yang menarik untuk digayakan maka ianya tetap sesuai untuk ke majlis formal.



  • Belilah kasut pada waktu siang atau petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau petang, kaki mengembang kepada saiz kaki yang sebenar.


  • Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi memastikan kasut tersebut sesuai dengan kaki.


  • Pilih kasut dengan corak dan warna yang sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak menarik apabila digayakan.


  • Seeloknya pilih kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu ketat dan tidak menyakitkan kaki.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 25 December 2012

Tarikh baru kiamat pada 1.1.2017?


Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.


Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’ Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya.

p/s : Hanya Allah saja yang mengetahwi nyer..so perbanyakkan ibadah kita pada Nya


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 24 December 2012

8 Barang Yang Wajib Didalam H/Bag Wanita

1. Bedak asas
Bedak asas sangat diperlukan demi mengatasi masalah kulit berminyak. Dengan adanya 'teman baik' ini, anda tidak perlu berasa risau lagi ketika berada di tempat yang panas. 

2. Gincu dan pelembap bibir
Gincu dan pelembap bibir amatlah penting untuk mengelakan bibir anda dari kelihatan pucat dan lesu. Jika anda rajin memakainya, sudah pasti wajah anda sudah tidak kelihatan kusam lagi. 

3. Pemerah pipi
Ia bukan sahaja menampakkan kamu kelihatan lebih comel kerana pipi yang kemerahan. Malah, pemerah pipi juga membantu membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih runcing dan kecil, di samping memberikan rupa wajah yang lebih segar dan bermaya. 


4. Sikat
Wajib dibawa demi mengelakkan rambut anda dari kelihatan berserabut dan selekeh. 

5. Celak mata
Mungkin sesetengah wanita tidak melihat celak mata sebagai alat solek yang terpenting selain dari bedak asas, gincu dan pemerah pipi. Namun, celak mata tidak harus ditinggalkan di rumah! Manalah tahu, jika secara tiba-tiba anda diundang ke ke majlis makan malam atau mana-mana majlis rasmi. 

6. Pin
Insiden 'baju terkoyak' memang suatu epristiwa yang sukar dijangka. Jadi, apalah salahnya jika anda mengambil langkah keselamatan dengan memasukkan sekali pin di dalam beg tangan. 

7. Getah rambut & klip rambut
Disebabkan cuaca di Malaysia yang tidak menentu, sudah tentu rambut anda akan memerlukan getah rambut ataupun klip rambut, bukan? 

8. Penanggal solekan
Penanggal solekan sangatlah diperlukan, lebih-lebih lagi ketika anda ingin menunaikan kewajipan bersolat ataupun melakukan sebarang aktiviti di luar yang memerlukan solekan ditanggal.

p/s : haaa..cepat2 p check ada tak 8 barang nih dalam h/bag korunk
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh


Bekas jurusolek peribadi penyanyi terkenal Amy Mastura ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya terikat selain lehernya dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh di sini, malam kelmarin.

Mangsa Othman Hassan 52, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Dicky ditemui dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih sehari sebelum mayat mangsa ditemui pada pukul 8 malam kelmarin oleh abang mangsa yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu. 
Menurut Ku, siasatan awal menunjukkan sebelum kematiannya, mangsa dipercayai melakukan hubungan seks. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, abang mangsa Mohammed Yusof Hassan, 54, berkata, adiknya telah dianiaya oleh orang yang dikenalinya.
"Saya sedih melihat keadaan mangsa yang diperlakukan sedemikian. Dalam keadaan terkejut, saya menelefon polis untuk memaklumkan kejadian itu.
"Kenapa dia diperlakukan sedemikian? Arwah seorang yang baik hati dan suka menolong orang," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini, petang semalam.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Nik Aziz batal jadi jurunikah Apek & Leuniey


Nampaknya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan pasangannya, Nur Eluniey Natasha Nazri (Leuniey) terpaksa mencari jurunikah lain apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat memenuhi undangan majlis yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

Mengikut jadual, Apek, 23, dan Leuniey, 21, bakal dinikahkan di rumah keluarga pihak perempuan di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 10 pagi diikuti tiga majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu.
Majlis resepsi pihak perempuan dijadualkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, manakala di sebelah pihak lelaki pada 5 Januari 2013.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas telah memohon maaf kerana terpaksa menolak dan tidak dapat menjadi jurunikah kepada pasangan ini kerana mesyuarat tersebut penting.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 22 December 2012

DATO’ FAZLEY YAAKOB JUARA MASTERCHEF SELEBRITI

Dato’ Fazley Yaacob, 33, muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Dengan masakan ala barat citarasa dan gaya Paris, Dato’ Fazley berjaya memukau juri untuk bergelar Juara Masterchef Selebriti pertama berbanding Angah Raja Lawak dengan tema makanan Asianya.

Sebagai Juara Masterchef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya menyumbangkan RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Sementara Angah pula Berjaya menyumbang RM7,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil.



Dato Fazley menyatakan terima kasihnya kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.
Sejak program itu juga, Dato’ Fazley terpaksa buat dua kerja iaitu memberi ceramah motivasi dan kini beliau dipanggil oleh pihak penganjur MasterChef selebriti untuk acara demo masakan “Fazley Yaacob, Juara MasterChef Selebriti” Beliau juga berasa terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.



Dato Fazley berkata beliau mula belajar masak sewaktu isteri beliau melahirkan anak pertama mereka- Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang beliau akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).




“Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.
Pada peringkat menuju ke-final seramai lima artis telah berentap untuk ke final. Mereka adalah : Datuk Fazley, Juliza Adlizan, Farouk Hussein, Soo Wincci dan Angah Raja Lawak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tips Mengajar Al-Quran Pada Bayi & Kanak2

Tips untuk ibu bapa yang masih tercari-cari bahan mengajar  untuk anak2,sebagai satu panduan yang sesuai untuk rujukan kita sebagai ibu bapa.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kesengsaraan GAZA

Aku sedih bila tengok video nih,tak dapat aku bayangkan jika ia terjadi di negara kita.Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dan umat nya.


Mari kita sama-sama mendoakan agar kemenangan milik orang Islam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kiamat tak jadi


LONDON: Jika anda masih hidup pada hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata silap.
Pakar mendapati bahawa kalendar Maya meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam.

BEBERAPA wanita yang mengecat hijau wajah mereka berlindung di Kampung Bugarach di Perancis yang dianggap sebagai tempat selamat daripada kiamat.

Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman masing-masing.

Di tempat persembunyian lain, termasuk peluang untuk menyewa kubu bawah tanah Josef Stalin dengan harga AS$1,500 (RM4,590), mereka juga boleh pulang ke rumah. Bagaimanapun, mereka yang menyewa kubu 210 kaki bawah tanah itu bernasib baik kerana akan memperoleh 50 peratus daripada bayaran itu kerana kiamat tidak berlaku.

Sementara itu, di Serbia, tempat perlindungan di Gunung Rtanj yang berbentuk piramid dibanjiri golongan fanatik. Legenda tempatan menyatakan gunung itu pernah menelan ahli sihir jahat yang hanya akan dibebaskan pada hari kiamat dalama bentuk bola api. Bahagian dalam gunung itu kononnya menjadi tempat selamat untuk berlindung kerana dipercayai ahli sihir terbabit akan memusnahkan seluruh dunia.


Sementara itu, beberapa lombong arang batu lama dibuka sebagai ruang selamat untuk puluhan yang tiba di situ.



Sirince, perkampungan kecil di Turki yang terkenal dengan wainnya, juga dianggap sebagai lokasi selamat ekoran kawasan itu hampir dengan tempat di mana Virgin Mary kononnya hidup hingga dia meninggal dunia.

Di China, ramalan itu sudah pun menimbulkan masalah apabila pihak berkuasa negara itu menahan lebih 900 orang minggu ini.


Sekumpulan penganut Kristian berdepan masalah apabila menyebarkan khabar angin mengenai dunia akan kiamat menerusi risalah, cakera padat, buku dan bahan lain yang kemudian dirampas.

Mereka yang ditahan dilaporkan adalah kumpulan Almighty God yang juga dikenali sebagai Eastern Lightning. Pihak berkuasa di Qinghai berkata, mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu dengan mendakwa mereka menyerang Parti Komunis dan kerajaan. Imej palsu bandar raya Sydney ditawan meteor berapi dan makhluk gergasi tersebar luas di Internet.


Lima individu hippie, termasuk seorang yang mengacukan pistol Taser dihalang polis Perancis ketika mereka cuba memasuki Bugarach. Kampung di kaki banjaran Pyrenees itu dikatakan mengandungi garaj UFO yang akan membawa orang ramai keluar dari bumi ketika kalendar Maya berakhir. Pengikut hari kiamat di sini yakin bahawa tidak akan ada tarikh 22 Disember untuk semua kecuali mereka yang melarikan diri ke desa yang mempunyai 189 penduduk itu.


Jumlah itu meningkat tiga kali ganda semalam dengan 200 wartawan yang kebanyakannya mempercayai aliran New Age turut serta.


Bagaimanapun, 100 anggota polis yang membuat sekatan jalan raya berkata, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke kampung itu sehingga hari Krismas. Sementara itu, Datuk Bandar Bugarach, Jean-Pierre Delord turut meminta golongan fanatik tidak memasuki kampung berkenaan.


“Kami tidak mahu orang ramai ke sini atas sebab tidak wajar dan kami tidak boleh bertolak ansur dengan jumlah pengunjung yang ramai,” katanya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ucapan salam kukuh ukhuwah


UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat berikutan mereka sudah terbiasa mengucapkan ‘hai’ atau ‘bye-bye’ apabila bertemu dan berpisah sehingga ucapan salam yang mulia dipinggirkan.
Perlu difahami betapa ucapan salam yang disyariatkan mempunyai impak yang sangat besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia. 
Malah, ucapan berkenaan dinilai sebagai ibadat dalam konteks mengamalkan sunnah warisan agung tinggalan Rasulullah.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)



Selain itu, ucapan salam yang disertai perbuatan berjabat tangan juga adalah sunnah yang dituntut.


Walaupun demikian ia masih tertakluk kepada hukum bersentuhan antara bukan mahram yang perlu dipelihara.

Dewasa ini amalan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi seakan menjadi perkara biasa, walhal ia adalah perbuatan dosa yang semestinya dijauhi.

Justeru, jangan mudah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan sesiapa saja kecuali selepas dipastikan segala ketetapan agama dipatuhi sepenuhnya.

Ataupun jika terdesak untuk berjabat tangan berusahalah untuk mengelak dengan cara yang bijaksana tanpa menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain.

Membongkokkan badan sambil berjabat tangan juga adalah perbuatan terlarang.
Ini bagi mengelak wujudnya unsur syirik penyembahan sesama makhluk.

Adapun perbuatan saling berpelukan dan berciuman ketika bertemu adalah diharuskan terutama apabila seseorang pulang daripada musafir yang jauh seperti ketika menyambut kepulangan jemaah haji yang selamat pulang ke tanah air.

Perbuatan berdiri untuk mengagungkan seseorang yang lain juga adalah tidak disukai Rasulullah. Justeru itu, sahabat tidak pernah berdiri apabila melihatnya.

Lalu timbul pula persoalan mengenai bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan.

Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada sebuah riwayat lain yang menyatakan “Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmiziy).

Memandangkan betapa hebatnya ucapan salam dan pahala yang disediakan untuknya, umat Islam diseru tidak lagi memandang remeh amalan baik mengucapkan salam ketika bertemu dengan saudaranya yang lain.

Malah, yang terbaik dikalangan mereka adalah yang pertama mengucapkan salam. Ucapan ini juga adalah hak dan tanggungjawab seorang Muslim dengan Muslim lain yang perlu dilunaskan.

Padamasa yang sama janganlah pula kita terlalu mengagungkan ungkapan lain yang tidak bersesuaian dengan kehendak syariat mahupun budaya kesopanan masyarakat Timur.

Begitu juga amalan masyarakat di Barat yang saling berpelukan dan berciuman antara lelaki dan perempuan ketika bertemu tidak kena sama sekali untuk dipraktikkan di negara ini.

Masanya sudah tiba untuk setiap individu Muslim kembali mempraktikkan segala ajaran agama dalam kehidupan seharian mereka.

Ini boleh dilaksanakan dengan mula menyebarluaskan ucapan salam di mana-mana saja.

Melalui pelaksanaan amalan ini juga, umat Islam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati kerana saling mendoakan antara satu sama lain. 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bapa reda takdir anak


KOTA TINGGI: “Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan sebaik dimaklumkan pegawai Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom (UK) yang Fazli meninggal dunia.

“Saya hanya reda dan berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan Allah,” kata Fadzilah Samsudin, 49, bapa Mohd Fazli, 24, pelajar Universiti LimKokWing Cawangan London yang mengikuti pengajian Pengimejan Kreatif dan Fotografi Digital selama lima bulan. 
Ketika kejadian, arwah mengikuti program ‘Kepimpinan Belia Felda’ di Chingford, UK bermula Selasa lalu. 

Berdasarkan maklumat diberikan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di London, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang hadir sepanjang program, arwah dikatakan keluar berjoging dan kembali semula pada jam 8 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) sebelum rebah di dewan makan, kelmarin.

Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Anizu, Fazli bagaimanapun pulih sebelum meminum secawan kopi dan keluar kembali dan ketika itu arwah dikatakan rebah kali kedua.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sakit perut petanda awal endometriosis


Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, endometriosis adalah satu keadaan luar biasa yang mana tisu daripada selaput dalam rahim yang digelar endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Selaput ini biasanya hadir bersama darah haid. Oleh itu campuran darah daripada rahim dengan tisu yang berkecai daripada lapisan endometrium serta bakteria yang digelar sebagai darah haid.

“Ramai wanita masih tidak mengetahui penyakit ini sedangkan mereka menghadapinya. Antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.

“Sehingga kini punca sebenar penyakit endometreosis masih belum diketahui, namun ada teori mengatakan ia berpunca daripada darah haid yang berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini. 
Menurutnya, ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian lain di dalam badan. Ia juga mungkin membabitkan mekanisma lebih kompleks, yang mana wujud interaksi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis juga kerap terjadi pada wanita dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an, juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak. 

Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu jika seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu turut mengalaminya.

Jelasnya, endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh, termasuk paru-paru dan hati, tetapi sangat jarang berlaku.

“Meskipun tisu endometrium berada di luar kawasan yang sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku ketika kitaran haid wanita.

“Seperti haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, begitu juga dengan cara sama dengan dinding rahim yang akan gugur dan berdarah ketika kitaran haid.

“Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran melekat antara satu sama lain.

“Jika tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan menyebabkan struktur organ pelvis beralih dari kedudukan normal,” katanya yang berharap golongan wanita akan lebih peka terhadap penyakit ini. 

Sebagai contoh paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur Fallopio berjauhan daripada ovari dan jika berlaku ovulasi, telur tidak dapat dicapai salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes lebih serius, kerosakan mendalam pada salur Fallopio menyebabkan ia tersumbat, rosak dan kemandulan akan berlaku.

Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah ketika kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah, iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Jika keseluruhan ovari diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan folikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. 


Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Apakah gejala endometriosis?

  • Sakit pada bahagian pelvis antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa ketika melakukan hubungan seks, membuang air kecil atau air besar.
  • Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih pada peringkat awal dan mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin berada pada tahap endometriosis teruk.
  • Dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal hinggalah wanita berkenaan berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda atau gejala.


    Bagaimana diagnosis dilakukan?

    Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan ultra sound. Jika mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis.


    Rawatan

    Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kedua-duanya sekali. 

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday, 20 December 2012

    AMARAN PADA KAUM HAWA

    Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam.Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cerminbelakang kereta saya. Bila saya tanggalkan 
    pelekat tu kat rumah,rupa2nya cuma resit pam minyak .” AMARAN DARI PIHAK POLIS 

    – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG 

    KENDERAAN ANDA


    – CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

    Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempatparking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine keretadan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untukmelihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balikkereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juabenda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampaidibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluardari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Diamungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan keretaanda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalamkereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumahkita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kitatelah diperolehi!

    ~ Sama-sama membenteras jenayah ~

    BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

    Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian..
    harap maklum. sebarkan pada rakan-rakan terutama wanita
    Sumber :- Email sahabat omaQ.org 
    sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

    Perhatian!!!!!airis hanya berkongsi cerita ini sahaja,ianya tidak pernah berlaku pada airis.
    Empunya blog minta di sebarkan untuk kaum wanita
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com