^ ^

Saturday, 24 November 2012

AIM19


BERSYUKUR...reaksi terkejut Shila apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik AIM19.
BERSYUKUR...reaksi terkejut Shila apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik AIM19.
MALAM gemilang buat Shila Amzah berterusan ibarat suatu ‘domino’
apabila lagu Patah Seribu muncul Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik
pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM19),
Sabtu lalu.
Majlis gemilang ini turut menyaksikan kumpulan Salammusik yang tampil
dengan album Salammusik mengungguli kategori Album Terbaik.
Kumpulan Mojo dengan gaya tersendiri, membuat kejutan meraih
kategori Artis Baru Terbaik.
   
  • FotoJAMAL ABDILLAH
  • FotoJACLYN VICTOR
  • FotoSALAMMUSIK
  • FotoMOJO
  • FotoNASH & LEFTHANDED
Lagu bertajuk Counting Days nyanyian Jaclyn Victor pula mengungguli Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).

Raja Pop hadir dengan sut serba putih, Jamal Abdillah, meraih Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagia Sementara dan Lagu Hip-Hop Terbaik bergandingan bersama Malique untuk lagu Aku Maafkan Kamu.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com