^ ^

Sunday, 25 November 2012

Elaun Tetap Perumahan (ETP) Gred 40 & Ke Bawah Perlu Dinaikkan



Elaun Perumahan Kakitangan Awam Elaun Tetap Perumahan (ETP) Gred 40 & Ke Bawah Perlu Dinaikkan!! Apa Respon Kakitangan Awam?
Berdasarkan rekod, elaun tetap perumahan (ETP) masih tiada perubahan dan angka yang digunapakai dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang untuk tempoh 10 tahun lamanya.
Baru-baru ini, kakitangan awam telah mula menikmati gaji SSM baru 2012 dan kini Cuepacs telah tampil dengan satu lagi usul dan tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mewakili sebahagian besar kakitangan awam di Malaysia.

Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman : Kajian Elaun Tetap Perumahan (ETP) Perlu Ditambahbaik

“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya. (Presiden Cuepacs – Datuk Omar Osman)

Antara Tuntutan Penambaikan Elaun Tetap Perumahan (ETP) oleh Cuepacs

  1. Memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis kerana terdapat banyak aduan kalangan kakitangan awam tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota
  2. Memberikan perhatian lebih kepada golongan muda golongan yang baru mula bekerja di sektor awam kerana menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
  3. Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula terutamanya bagi kakitangan awam yang bertugas di ibu kota
  4. Kadar pemberian elaun tetap perumahan mestilah berbeza-beza mengikut kawasan bagi mengelakkan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi
Kami sendiri agak bersetuju dengan tuntutan Cuepacs. Nilai yang digunakan masih lagi ditakuk lama sedangkan kadar sewa rumah sekarang sudah lama meningkat naik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Dan satu lagi, elaun perumahan seharusnya tidak sama, kerana kadar sara hidup jauh berbeza antara kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan luar bandar.
Zaman sekarang jikalau diberikan RM180 sebulan, sekejap sahaja habis dibelanjakan untuk tujuan dan perkara-perkara yang penting. Dan sememangnya, elaun perumahan RM180 itu memang tidak relevan dengan kos sewa rumah dahulu dan sekarang. Sewa bilik sahaja adakalanya sudah mencecah RM 200 – 300 sebulan contohnya di Sabah. ‘
  1. Jika dapat kuaters : Tolak semua elaun perumahan (RM180), COLA tolak separuh (RM150) +  air dan elektrik bayar sendiri
  2. Jika dapat kuaters jabatan : Elaun perumahan tolak separuh sahaja (RM90) + COLA tetap tolak separuh (RM150) + air dan elektrik bayar sendiri
Jika diperhatikan kadar sewa kuarters yang disediakan ini masih lagi berpatutan berbanding kadar sewa bagi keluasan sama  bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor.
Cuma kami berharap Cuepacs jikalau mahu membuat tuntutan, buatlah tuntutan meliputi semua peringkat. Sebaik-baiknya diselaraskan untuk kakitangan bawahan dan atasan.
P/S : Apa pendapat dan respon kakitangan awam mengenai tuntan terbaru Cuepacs mengenai kenaikan Elaun Tetap perumahan ETP ini?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com