^ ^

Sunday, 18 November 2012

GOSIP PANASSSSS


Sudah lama gosip penceraian antara Erra Fazira dan Engku Emran berterbangan di alam maya. Terbaru, ada khabar angin menyatakan yang pasangan ini sudah pun bercerai pada bulan Oktober yang lalu. Kononnya sumber berita ini sangat boleh dipercayai.
erra fazira bercerai
Ingin mendapatkan kepastian mengenai desas-desus ini, portal Murai menghubungi Erra Fazira sendiri. Tuan punya badan berharap agar segala gosip mengenai rumah tangganya tidak dipercayai melainkan hanya keluar daripada mulutnya sendiri. Kata Erra:-
Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja. Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua. Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri
erra fazira bercerai
Jadi kepada peminat Erra Fazira, tunggu sahajalah kenyataan daripada mulut Erra Fazira sendiri. Apa pun aku harap agar perkahwinan Erra dan Engku Emran akan berkekalan sehingga bila-bila. Mereka bertiga nampak sangat-sangat bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tak gitu?


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com