^ ^

Sunday, 25 November 2012

Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas



Nampaknya selepas 16 tahun menghambakan dirinya di persada seni, Datuk Siti Nurhaliza dengarnya telah dipelawa untuk membuat persembahan eksklusif di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas dengan diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Kalau benar ia menjadi kenyataan, khabarnya slot untuk Siti bakal berlangsung pada Julai tahun depan bersempena penutup musim 2012/2013 dewan berprestij itu. Bukan mudah untuk menyanyi diiringi orkestra dan sehingga kini hanya nama-nama besar seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir sahaja yang berpeluang untuk beraksi dengan iringan orkestra tersebut.
Kali terakhir Siti mengadakan persembahan di dewan tersebut adalah sewaktu menjadi penyanyi undangan dalam Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001. Ketika itu, Siti berduet bersama Tan Sri dengan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling dan membawakan lagu Mohon Kasih secara solo.
Pastinya peminat Siti tidak sabar-sabar untuk menyerbu konsert tersebut. Nampaknya pihak penganjur juga perlu mengambil langkah-langkah terbaik bagi memastikan peminat-peminatnya dapat mengisi ruang dewan tersebut. Paling kurang pun, konsert tersebut perlu berlangsung selama dua malam, kalau bukan pun tiga malam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com