^ ^

Monday, 24 December 2012

Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh


Bekas jurusolek peribadi penyanyi terkenal Amy Mastura ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya terikat selain lehernya dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh di sini, malam kelmarin.

Mangsa Othman Hassan 52, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Dicky ditemui dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih sehari sebelum mayat mangsa ditemui pada pukul 8 malam kelmarin oleh abang mangsa yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu. 
Menurut Ku, siasatan awal menunjukkan sebelum kematiannya, mangsa dipercayai melakukan hubungan seks. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, abang mangsa Mohammed Yusof Hassan, 54, berkata, adiknya telah dianiaya oleh orang yang dikenalinya.
"Saya sedih melihat keadaan mangsa yang diperlakukan sedemikian. Dalam keadaan terkejut, saya menelefon polis untuk memaklumkan kejadian itu.
"Kenapa dia diperlakukan sedemikian? Arwah seorang yang baik hati dan suka menolong orang," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini, petang semalam.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com