^ ^

Saturday, 1 December 2012

Ezad Exist putus tunang


Bekas penyanyi kumpulan Exist, Ezad Lazim akui pertunangan yang diikat bersama Asliza Abdullah selaku pembantu peribadinya akhirnya kandas di tengah jalan apabila mereka sudah putus tunang minggu lalu.
Dipetik dari sebuah laporan portal hiburan tempatan, Ezad akui sudah serik untuk bercinta lagi kerana sebelum ini dia begitu serius di dalam perhubungan itu.
Tambahan pula, inilah pertama kali Ezad memberitahu dia mengalami situasi seperti ini.
"Kalau ikutkan saya rasa macam dah serik nak bercinta lagi, manakan tidak bercinta lama tapi tidak kemana."
Ujar Ezad lagi, apa yang lebih perit lagi adalah pertunangan itu diputuskan seminggu sebelum hari lahirnya.
Ezad Exist putus tunang

"Bayangkan perkara ini berlaku seminggu sebelum hari jadi saya iaitu pada Jumaat lalu."
Walaubagaimanapun, Ezad masih berharap agar hubungan ini akan kembali jernih kerana dia betul-betul mencintai Asliza.
Ada desas-desus mengatakan bahawa punca perpisahan mereka adalah disebabkan sikap daripada pihak perempuan yang mengambil sikap acuh tak acuh sedangkan sepatutnya perkahwinan tersebut telah dijalankan pada Julai lalu.
"Saya tak nak menuding jari kepada sesiapa kerana perkara sebegini bukan hanya berkait satu pihak. Ianya perjanjian diantara dua keluarga, apa yang saya boleh katakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama."
Ezad turut memberitahu bahawa dia tidak mahu keluarganya cuba mencari jodoh untuk dirinya dek kerana seperti sudah putus asa dalam mencari jodoh yang sesuai.
"Saya tidak mahu mereka tolong cari jodoh untuk saya, biarlah ianya datang sendiri dan diatur elok oleh Allah SWT."

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com