Monday, 3 December 2012

Perkahwinan 'Pelik'

- Mongolia
Setiap kali hendak menentukan tarikh perkahwinan,pengantin masyarakat Daur akan menikam anak ayam dengan memegang pisau bersama sebelum melihat hati haiwan itu. Jika hati ayam itu kelihatan tidak baik maka pasangan itu perlu melakukan proses tersebut berulang kali sebelum dibenar menentukan tarikh hari bahagia.

- Fiji
Kaum lelaki Fiji bukan sahaja perlu mendapat izin wali malah mereka perlu membawa sebatang gigi ikan paus bagi membuktikan mereka benar-benar mencintai bakal isteri masing-masing.

- Sudan Selatan
Puak Neur percaya perkahwinan tidak akan lengkap sehinggalah wanita melahirkan 2 anak atau si suami boleh menceraikan isteri masing-masing.

- Kenya
Bapa pengantin perempuan dalam kalangan masyarakat Massai akan meludah kepala dan payudara anak sendiri sebelum si gadis dibenarkan untuk mengikut suami masing-masing.

- Jerman
Tetamu majlis perkahwinan di Jerman akan membawa hadiah berupa pinggan mangkuk sebagai hadiah,tetapi ia akan dihempas ke lantai sampai pecah..kononnya akan menakutkan roh jahat daripada menyakiti pengantin.

*...aiyoooo...dasyat giler kepercayaan die orunk ni.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com