^ ^

Saturday, 1 December 2012

Ezad Exist putus tunang


Bekas penyanyi kumpulan Exist, Ezad Lazim akui pertunangan yang diikat bersama Asliza Abdullah selaku pembantu peribadinya akhirnya kandas di tengah jalan apabila mereka sudah putus tunang minggu lalu.
Dipetik dari sebuah laporan portal hiburan tempatan, Ezad akui sudah serik untuk bercinta lagi kerana sebelum ini dia begitu serius di dalam perhubungan itu.
Tambahan pula, inilah pertama kali Ezad memberitahu dia mengalami situasi seperti ini.
"Kalau ikutkan saya rasa macam dah serik nak bercinta lagi, manakan tidak bercinta lama tapi tidak kemana."
Ujar Ezad lagi, apa yang lebih perit lagi adalah pertunangan itu diputuskan seminggu sebelum hari lahirnya.
Ezad Exist putus tunang

"Bayangkan perkara ini berlaku seminggu sebelum hari jadi saya iaitu pada Jumaat lalu."
Walaubagaimanapun, Ezad masih berharap agar hubungan ini akan kembali jernih kerana dia betul-betul mencintai Asliza.
Ada desas-desus mengatakan bahawa punca perpisahan mereka adalah disebabkan sikap daripada pihak perempuan yang mengambil sikap acuh tak acuh sedangkan sepatutnya perkahwinan tersebut telah dijalankan pada Julai lalu.
"Saya tak nak menuding jari kepada sesiapa kerana perkara sebegini bukan hanya berkait satu pihak. Ianya perjanjian diantara dua keluarga, apa yang saya boleh katakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama."
Ezad turut memberitahu bahawa dia tidak mahu keluarganya cuba mencari jodoh untuk dirinya dek kerana seperti sudah putus asa dalam mencari jodoh yang sesuai.
"Saya tidak mahu mereka tolong cari jodoh untuk saya, biarlah ianya datang sendiri dan diatur elok oleh Allah SWT."

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kuku & Kesihatan: Ketahui Tanda-Tandanya

Mari kita lihat apakah kaitan kuku dengan kesihatan diri anda. 




Kuku Pucat
Jika kuku anda kelihatan pucat, ia mungkin adalah petanda kepada beberapa penyakit yang serius seperti anemia, kegagalan jantung kongestif, masalah hati dan tanda-tanda pemakanan tidak seimbang.Oleh itu tidak salah jika anda lakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor anda bagi memastikan perkara tersebut. 

Kuku Putih
Jika warna kuku anda kelihatan putih dengan keadaan gelap di sekelilingnya, ini menunjukkan anda berhadapan dengan masalah hati seperti hepatitis. 

Kuku Kekuningan
Selalunya jika kuku anda berwarna kuning, ia adalah disebabkan jangkitan kulat. Namun apabila jangkitan tersebut semakin parah, kuku anda boleh menjadi menebal dan tercabut. Walaupun kes sebegini jarang sekali berlaku, tetapi kuku yang kekuningan mungkin menandakan penyakit yang lebih serius iaitu seperti tiroid, paru-paru, kencing manis atau psoriasis. 

Kuku Kebiruan
Apabila kuku anda berwarna kebiru-biruan, ia mungkin bermakna tubuh badan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga mungkin menandakan terdapat jangkitan dalam paru-paru anda seperti pneumonia. Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku yang kebiruan. 

Kuku Beralun
Jika permukaan kuku anda tampak beralun atau tompok berbintik, ia mungkin petanda awal penyakit psoriasis atau artritis radang. Perubahan warna kuku adalah perkara biasa dan anda boleh kulit di bawah kelihatan berwarna perang kemerahan. 

Kuku Retak Atau Terbelah
Kuku yang kering, rapuh, sering retak atau terbelah seringkali dikaitkan dengan penyakit tiroid. Gabungan kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat. 

Kuku Mudah Bengkak
Jika kulit di sekitar kuku anda kelihatan merah dan membengkak, ia dikenali sebagai radang lipatan kuku. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan tisu perantara. Malah jangkitan juga boleh menyebabkan kemerahan dan radang. 

Garisan Gelap Di Bawah Kuku
Jika kuku anda mempunyai garisan gelap di bawahnya, anda harus lakukan pemeriksaan atau dapatkan rawatan secepat mungkin. Adakalanya ia terjadi sedemikian disebabkan melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang berbahaya. 

Menggigit Kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan satu kebiasaan tabiat tetapi dalam sesetengah kes, ia adalah tanda serius dan anda digalakkan untuk mendapat rawatan. Menggigit atau mencabut kuku juga turut dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, ia adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Farid Kamil enggan bawa isteri bertemu doktor


Pengarah dan aktor Farid Kamil Zahari masih enggan membawa isterinya, aktres Diana Danielle bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan mengenai kandungannya itu.
"Saya belum lagi membawa isteri untuk melakukan pemeriksaan kerana kini sibuk dengan majlis persandingan kami yang akan berlangsung bulan depan," ujar aktor berusia 31 tahun ini.
Pasangan merpati dua sejoli yang diijabkabulkan pada 3 November lalu memberi kejutan kepada peminat mereka selepas mengumumkan berita gembira bakal bergelar ibu bapa menerusi laman sosial Instagram dan Twitter selepas 16 hari mendirikan rumah tangga.
Farid yang ditemui di sidang media filem "Lagenda Budak Setan 2: Katerina" turut memberitahu majlis resepsi untuk pihak wanita bakal diadakan di Putrajaya pada 1 Disember ini, manakala untuk pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

Farid Kamil enggan bawa isteri bertemu doktor

Ditanya mengenai perasaan bakal bergelar bapa, Farid pada mulanya terkejut kerana isterinya pernah meletakkan tempoh yang sesuai untuk memiliki anak iaitu sekitar dua atau tiga tahun selepas berkahwin.
"Manakan tidak, masih belum reda ucapan tahniah yang diterima selepas berkahwin, kini sudah ada ucapan bakal bergelar bapa pula. Perkara ini berlaku dengan pantas."
Tambahnya lagi, dia kini ingin memberi sepenuh perhatian kepada kesihatan isterinya walaupun Diana tidak mengalami alahan di waktu pagi, tetapi keadaan yang dialami membuatkan perasaannya mudah terguris. Namun pada masa yang sama, Farid enggan bersikap terlalu teruja atau memberi harapan kerana gusar berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kandungan tersebut.
"Saya ada menerima nasihat daripada orang tua agar jangan terlampau teruja. Apa yang perlu saya lakukan adalah jalani kehidupan seperti biasa dan jangan terlalu banyak terfikir," jelasnya lagi.
Sementara itu Farid bakal muncul dengan filem sekuel "Lagenda Budak Setan" dengan menggalas kembali wataknya sebaga Kasyah yang terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak perempuannya selepas kematian isteri tercinta, Ayu. Pada masa yang sama, Katerina (Maya Karin) muncul dengan cuba mencuri hatinya sekali lagi.
Filem arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Azri Iskandar, Marissa Yasmin serta Sheila Mambo dan bakal ditayangkan bermula 29 November ini.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Empat Faktor Untuk Kehamilan


Seseorang wanita mungkin mengalami masalah ketidaksuburan setelah lebih setahun mencuba untuk hamil atau sering mengalami keguguran apabila hamil. 

4 faktor untuk kehamilan 

1.  Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi)
2.  Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus (rahim)
3.  Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4.  Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim. Kegagalan salah satu faktor di atas adalah dianggap penyebab ketidaksuburan dan masalah kehamilan.

Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami masalah kehamilan termasuklah masalah ovulasi atau pengeluaran telur, saluran atau tiub fallopian yang tersumbat atau terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis, serta masalah fizikal rahim.
Walau bagaimanapun, bagi wanita-wanita yang tidak mempunyai mana-mana masalah di atas, peratusan untuk hamil dalam setiap bulan bagi lingkungan umur 25-35 tahun adalah antara 20-25% sahaja.
Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
Pengeluaran telur dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut. Setiap wanita mempunyai 2 kilang ovari yang berfungsi untuk proses ovulasi atau pengeluaran telur. Secara teorinya, ovulasi atau proses pengeluaran telur berlaku dalam satu pusingan haid di mana satu telur akan dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.
Proses pencantuman antara telur wanita dan benih lelaki (sperma) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur. Telur yang matang hidup 24 jam sedangkan sperma boleh hidup antara 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, melakukan hubungan sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratus kehamilan berbanding sehari atau dua hari sesudahnya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 29 November 2012

Persediaan Sebelum Tidur

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah


1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiappasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah TanggaAmalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 Tips Diet Mudah


Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.
1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 28 November 2012

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah
terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang
berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis
semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati
kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih
rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana
perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau
dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu
bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan
masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti
ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk
dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat
jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia
merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan
mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam
soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar
partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati
dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang
lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat
kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan
.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan
punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal
cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu
harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa
seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia
mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta
baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia
sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia
dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut &
bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri
yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu
berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah
gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang
penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi
dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia
merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap
orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani
kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani
dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi
sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi
sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan
terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk
lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia
lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada
orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia
diberi jolokan seniman asmara.


Artikel ini hanyalahsebagai bacaan dan hiburan semata-mata untuk 
menambah pengetahuan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sayang Adik Cacat


Heartbreak: Megan Renfroe, right, holds her little sister Katie who suffers from megalencephaly at their home in Paxton, Florida

Seorang remaja Megan Renfroe mendukung adik perempuannya Katie
di kediaman mereka di Paxton Florida.

Beloved: Angie and Danial Renfroe hold their daughter Katie whose condition had caused her to have seizures as much as 50 times a day

Katie di diagnosis menghidap penyakit Megalencephaly sejak sebelum lahir yang 
menyebabkan kepala dan mukanya membesar secara tidak normal

Loving family: Megan Renfroe, left, Jessica Renfroe, center, and Emmalee Renfroe watch over their sister Katie

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 27 November 2012

SUAMI SOLEH


Photo: SUAMI SOLEH
 Hak-Hak Isteri Dari Suaminya
Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.tSuami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.



Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah 
dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.Suami yang 
mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.Suami 
yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan 
tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga
dan juga terhadap Allah s.w.tSuami yang bijak dalam menyelesaikan
permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan,
kebajikan dan kesihatannya.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal,
pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.Suami yang
penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.Suami yang tidak cemburu buta
tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan
rumah tangga mereka.Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, 
belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.Suami yang 
sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan
anak-anak.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti
meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik
terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan 
perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang
disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.Suami yang
bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta 
bertanggungjawab.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 25 November 2012

Bicara Hati


Agak pelik dan hairan jika skali skala kita mengunjungi rumah seseorang
yang isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus.
Persoalannya..apakah yang di buat si isteri sepanjang hari sehingga 
rumah tidak sempat dikemaskan nya.Namun,itulah realitinya.
Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal menguruskan
rumah dengan sempurna.Antara sebabnya:

Photo: Bicara hati
Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:
1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang. 
2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah. 
3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula. 
4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa. 
5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan. 
6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan. 
7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih. 
Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu. 
Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.


1.Sikap sambil lewa & suka bertangguh.Mungkin kerana mereka 
   sepanjang hari berada dirumah dan tidak perlu buat kerja dengan       
   segera.Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat menguruskan   
   rumah dengan lebih baik.Tidak melakukan kerja secara
   tergesa-gesa apabila ada orang yang nak datang rumah.

2.Tidak menjadikan kerja rumah sebagai satu budaya hidup.

3.Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas.
    Sepatutnya anak-anak sejak kecil di didik agar menjaga kebersihan.

4.Suka mengunjungi rumah jiran awal pagi tanpa mengira waktu.

Faktor di atas di kenal pasti sebagai punca kegagalan menguruskan 
rumahtangga.Di sini para suami perlu meluangkan sedikit masa 
dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar untuk 
menghilangkan kebosanan setelah seharian di rumah


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas



Nampaknya selepas 16 tahun menghambakan dirinya di persada seni, Datuk Siti Nurhaliza dengarnya telah dipelawa untuk membuat persembahan eksklusif di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas dengan diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Kalau benar ia menjadi kenyataan, khabarnya slot untuk Siti bakal berlangsung pada Julai tahun depan bersempena penutup musim 2012/2013 dewan berprestij itu. Bukan mudah untuk menyanyi diiringi orkestra dan sehingga kini hanya nama-nama besar seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir sahaja yang berpeluang untuk beraksi dengan iringan orkestra tersebut.
Kali terakhir Siti mengadakan persembahan di dewan tersebut adalah sewaktu menjadi penyanyi undangan dalam Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001. Ketika itu, Siti berduet bersama Tan Sri dengan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling dan membawakan lagu Mohon Kasih secara solo.
Pastinya peminat Siti tidak sabar-sabar untuk menyerbu konsert tersebut. Nampaknya pihak penganjur juga perlu mengambil langkah-langkah terbaik bagi memastikan peminat-peminatnya dapat mengisi ruang dewan tersebut. Paling kurang pun, konsert tersebut perlu berlangsung selama dua malam, kalau bukan pun tiga malam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rahsia Diri Melalui Darah

Darah 'A'
Jika pasangan u ol di dalam kategorikan ini
bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yang serius
dan berusaha membina ketidaksempurnaan diri.Golongan
ini amat baik terhadap wanita terutama 'girlfriend' @ isteri nya.
Bersikap 'gentleman'.Namun u ol harus sedar yang
pasangan u ol jugak mengharapkan sesuatu dari u ol gak.

Darah 'B'
Berada di dalam kelompok ini,pasangan ini biasanya melakukan
perkara/hal yang di minati sahaja.Lebih mrngutamakan minatnya
daripada keluarganya sendiri.Apa yang di inginkan ialah menikmati
kehidupan dengan bebas.Tanggungjawab pada keluarga memang
kurang,walau bagaimana pun dia tidaklah sampai menyusahkan
u ol berterusan..
p/s: migrain gak kalu dapat suami yang macam ni..hehe

Darah 'AB'
Individu ini adalah seorang yang prihatin ketika waktu2 susah atau
pun sakit,namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk
dirinya sendiridan tidak suka di ganggu tatkala perlukan
'waktu' / 'privacy'.


Darah 'O'
Sekiranya calon suami di dalam kategori ini,u ol harus
mempersiapkan diri dari segi mental.Berkemungkinan
besar pasangan u ol akan berubah hati apabila berumah tangga.
Ketika bercinta,pasangan u ol menunjukkan sikap romantik
dan sering melindungi pasangannya.Tetapi jangan menganggap
pasangan tidak mencintai u ol lagi di sebabkan gagal menguruskan
sesuatu hal dalam satu masa,apepun dia tetap menjadi pasangan
yang baik untuk u ol.Golongan ini juga sentiasa bekerja keras,
berhati-hati dalam komunikasi..dont worry masih boleh
di bawak berbincang.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Fakta Sebenar Lelaki

99.9% lelaki amat pandai masak kari..
tapi megi kari jek.

Lelaki kadang2 suka memasak tetapi 
amat malas nak basuh periuk belanga 
dan pinggan mangkuk.

Apabila lelaki memasak umpama 
sedang bertukang umah..
bukan main bising lagi

Adalah kebiasaan lelaki ..
memasak tanpa memakai baju 
sambil menghisap rokok.

Menu utama masakan lelaki ialah 
telur goreng,sardin..
tak ketinggalan kicap masin.

Jika seorang lelaki yang rajin memasak,
anda akan dapati gas akan cepat habis 
kerana lelaki memasak menggunakan 
api yang kuat supaya cepat la masak..
cepat makan.

Keadaan umah orang lelaki yang 
bersepah-sepah adalah satu pemandangan biasa,
yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri.

Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya 
masakan itu di masak oleh lelaki,
tetapi 'pengkomplen' nombor satu 
jika masakan itu di masak oleh wanita.

Antara sebab2 lelaki memasak:
> malas nak pergi kedai
hampir2 pokai
> nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
> mental theraphy
> Konon2 nak praktice..nti boleh ambik hati pasangan.
> buang tebiat


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Elaun Tetap Perumahan (ETP) Gred 40 & Ke Bawah Perlu Dinaikkan



Elaun Perumahan Kakitangan Awam Elaun Tetap Perumahan (ETP) Gred 40 & Ke Bawah Perlu Dinaikkan!! Apa Respon Kakitangan Awam?
Berdasarkan rekod, elaun tetap perumahan (ETP) masih tiada perubahan dan angka yang digunapakai dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang untuk tempoh 10 tahun lamanya.
Baru-baru ini, kakitangan awam telah mula menikmati gaji SSM baru 2012 dan kini Cuepacs telah tampil dengan satu lagi usul dan tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mewakili sebahagian besar kakitangan awam di Malaysia.

Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman : Kajian Elaun Tetap Perumahan (ETP) Perlu Ditambahbaik

“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya. (Presiden Cuepacs – Datuk Omar Osman)

Antara Tuntutan Penambaikan Elaun Tetap Perumahan (ETP) oleh Cuepacs

  1. Memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis kerana terdapat banyak aduan kalangan kakitangan awam tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota
  2. Memberikan perhatian lebih kepada golongan muda golongan yang baru mula bekerja di sektor awam kerana menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
  3. Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula terutamanya bagi kakitangan awam yang bertugas di ibu kota
  4. Kadar pemberian elaun tetap perumahan mestilah berbeza-beza mengikut kawasan bagi mengelakkan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi
Kami sendiri agak bersetuju dengan tuntutan Cuepacs. Nilai yang digunakan masih lagi ditakuk lama sedangkan kadar sewa rumah sekarang sudah lama meningkat naik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Dan satu lagi, elaun perumahan seharusnya tidak sama, kerana kadar sara hidup jauh berbeza antara kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan luar bandar.
Zaman sekarang jikalau diberikan RM180 sebulan, sekejap sahaja habis dibelanjakan untuk tujuan dan perkara-perkara yang penting. Dan sememangnya, elaun perumahan RM180 itu memang tidak relevan dengan kos sewa rumah dahulu dan sekarang. Sewa bilik sahaja adakalanya sudah mencecah RM 200 – 300 sebulan contohnya di Sabah. ‘
  1. Jika dapat kuaters : Tolak semua elaun perumahan (RM180), COLA tolak separuh (RM150) +  air dan elektrik bayar sendiri
  2. Jika dapat kuaters jabatan : Elaun perumahan tolak separuh sahaja (RM90) + COLA tetap tolak separuh (RM150) + air dan elektrik bayar sendiri
Jika diperhatikan kadar sewa kuarters yang disediakan ini masih lagi berpatutan berbanding kadar sewa bagi keluasan sama  bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor.
Cuma kami berharap Cuepacs jikalau mahu membuat tuntutan, buatlah tuntutan meliputi semua peringkat. Sebaik-baiknya diselaraskan untuk kakitangan bawahan dan atasan.
P/S : Apa pendapat dan respon kakitangan awam mengenai tuntan terbaru Cuepacs mengenai kenaikan Elaun Tetap perumahan ETP ini?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Save GAZA

Sila share ye kengkawan

.












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com