^ ^

Saturday, 8 December 2012

Bawang Putih Dan Bau Mulut


Hadith :
Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”
 





Huraian:

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Taktik Pukau

Assalamualaikum kengkawan,aku nak ceciter kat korunk satu cerita.Benda ni mang terjadi kat aku semalam,kat kampung family aku di Melaka 7 December 2012 jam 11.45 pagi.


Aku driving kereta abang cik aku,sampai je kat parking EON Jusco bandar melaka,aku trus kuar dari kereta.Tetibe datang sorunk budak lelaki,umo die lebih kurang ngan umo adik lelaki aku yang no 8..20 tahun mcam tu.Budak tu pun tanya aku..


Ini diolog nyer..hu hu.


' kak,saya nak mintak tolong akak,saya nak beli barang tapi orunk tuan kedai cakap duit saya ni duit palsu.Akak tolong tengok duit RM50 saya ni ngan duit RM50 akak sama tak?'


Aku yang masih bler2 lgi ngan budak tu pun trus kuarkan wet RM50 aku,tengah aku belek2 wet tu kepala aku rasa berpinar-pinar,macam khayal pun ada.Lepas tuh budak tu tanya lagi 'akak nampak tak perbezaan duit tu?tunjuk kat saya..manalah tahu memang duit saya duit palsu.Aku pun cakap 'tak pasti la dik,check kat bank la kalau nak kepastian' sambil aku pulangkan semula wet budak tuh dengan duit aku sekali tanpa aku sedar.


Korunk tahu tak..rupa-rupanya aku kena pukau dengan melihat & menyentuh duit RM50 tuh,tah bile masa budak tuh kebas duit aku..aku pun tak sedar masa tuh,nak ingat muka budak tuh pun mang tak ley dah..aku pun wat la laporan polis 3 jam lpas tersedar dari panahan pukau ni.Pada Korunk berhati hatilah dengan situasi sekeliling korunk..jangan jadi seperti aku.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Real Ker Ni?

Unbeliveable Freestule Tricks




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi


1. Al-Anaanah :
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup,diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. 
2. Al-Manaanah :
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah :
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : 
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : 
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : 
Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 3 December 2012

Perkahwinan 'Pelik'

- Mongolia
Setiap kali hendak menentukan tarikh perkahwinan,pengantin masyarakat Daur akan menikam anak ayam dengan memegang pisau bersama sebelum melihat hati haiwan itu. Jika hati ayam itu kelihatan tidak baik maka pasangan itu perlu melakukan proses tersebut berulang kali sebelum dibenar menentukan tarikh hari bahagia.

- Fiji
Kaum lelaki Fiji bukan sahaja perlu mendapat izin wali malah mereka perlu membawa sebatang gigi ikan paus bagi membuktikan mereka benar-benar mencintai bakal isteri masing-masing.

- Sudan Selatan
Puak Neur percaya perkahwinan tidak akan lengkap sehinggalah wanita melahirkan 2 anak atau si suami boleh menceraikan isteri masing-masing.

- Kenya
Bapa pengantin perempuan dalam kalangan masyarakat Massai akan meludah kepala dan payudara anak sendiri sebelum si gadis dibenarkan untuk mengikut suami masing-masing.

- Jerman
Tetamu majlis perkahwinan di Jerman akan membawa hadiah berupa pinggan mangkuk sebagai hadiah,tetapi ia akan dihempas ke lantai sampai pecah..kononnya akan menakutkan roh jahat daripada menyakiti pengantin.

*...aiyoooo...dasyat giler kepercayaan die orunk ni.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com