^ ^

Saturday, 22 December 2012

DATO’ FAZLEY YAAKOB JUARA MASTERCHEF SELEBRITI

Dato’ Fazley Yaacob, 33, muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Dengan masakan ala barat citarasa dan gaya Paris, Dato’ Fazley berjaya memukau juri untuk bergelar Juara Masterchef Selebriti pertama berbanding Angah Raja Lawak dengan tema makanan Asianya.

Sebagai Juara Masterchef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya menyumbangkan RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Sementara Angah pula Berjaya menyumbang RM7,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil.



Dato Fazley menyatakan terima kasihnya kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.
Sejak program itu juga, Dato’ Fazley terpaksa buat dua kerja iaitu memberi ceramah motivasi dan kini beliau dipanggil oleh pihak penganjur MasterChef selebriti untuk acara demo masakan “Fazley Yaacob, Juara MasterChef Selebriti” Beliau juga berasa terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.



Dato Fazley berkata beliau mula belajar masak sewaktu isteri beliau melahirkan anak pertama mereka- Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang beliau akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).




“Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.
Pada peringkat menuju ke-final seramai lima artis telah berentap untuk ke final. Mereka adalah : Datuk Fazley, Juliza Adlizan, Farouk Hussein, Soo Wincci dan Angah Raja Lawak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tips Mengajar Al-Quran Pada Bayi & Kanak2

Tips untuk ibu bapa yang masih tercari-cari bahan mengajar  untuk anak2,sebagai satu panduan yang sesuai untuk rujukan kita sebagai ibu bapa.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kesengsaraan GAZA

Aku sedih bila tengok video nih,tak dapat aku bayangkan jika ia terjadi di negara kita.Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dan umat nya.


Mari kita sama-sama mendoakan agar kemenangan milik orang Islam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kiamat tak jadi


LONDON: Jika anda masih hidup pada hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata silap.
Pakar mendapati bahawa kalendar Maya meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam.

BEBERAPA wanita yang mengecat hijau wajah mereka berlindung di Kampung Bugarach di Perancis yang dianggap sebagai tempat selamat daripada kiamat.

Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman masing-masing.

Di tempat persembunyian lain, termasuk peluang untuk menyewa kubu bawah tanah Josef Stalin dengan harga AS$1,500 (RM4,590), mereka juga boleh pulang ke rumah. Bagaimanapun, mereka yang menyewa kubu 210 kaki bawah tanah itu bernasib baik kerana akan memperoleh 50 peratus daripada bayaran itu kerana kiamat tidak berlaku.

Sementara itu, di Serbia, tempat perlindungan di Gunung Rtanj yang berbentuk piramid dibanjiri golongan fanatik. Legenda tempatan menyatakan gunung itu pernah menelan ahli sihir jahat yang hanya akan dibebaskan pada hari kiamat dalama bentuk bola api. Bahagian dalam gunung itu kononnya menjadi tempat selamat untuk berlindung kerana dipercayai ahli sihir terbabit akan memusnahkan seluruh dunia.


Sementara itu, beberapa lombong arang batu lama dibuka sebagai ruang selamat untuk puluhan yang tiba di situ.



Sirince, perkampungan kecil di Turki yang terkenal dengan wainnya, juga dianggap sebagai lokasi selamat ekoran kawasan itu hampir dengan tempat di mana Virgin Mary kononnya hidup hingga dia meninggal dunia.

Di China, ramalan itu sudah pun menimbulkan masalah apabila pihak berkuasa negara itu menahan lebih 900 orang minggu ini.


Sekumpulan penganut Kristian berdepan masalah apabila menyebarkan khabar angin mengenai dunia akan kiamat menerusi risalah, cakera padat, buku dan bahan lain yang kemudian dirampas.

Mereka yang ditahan dilaporkan adalah kumpulan Almighty God yang juga dikenali sebagai Eastern Lightning. Pihak berkuasa di Qinghai berkata, mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu dengan mendakwa mereka menyerang Parti Komunis dan kerajaan. Imej palsu bandar raya Sydney ditawan meteor berapi dan makhluk gergasi tersebar luas di Internet.


Lima individu hippie, termasuk seorang yang mengacukan pistol Taser dihalang polis Perancis ketika mereka cuba memasuki Bugarach. Kampung di kaki banjaran Pyrenees itu dikatakan mengandungi garaj UFO yang akan membawa orang ramai keluar dari bumi ketika kalendar Maya berakhir. Pengikut hari kiamat di sini yakin bahawa tidak akan ada tarikh 22 Disember untuk semua kecuali mereka yang melarikan diri ke desa yang mempunyai 189 penduduk itu.


Jumlah itu meningkat tiga kali ganda semalam dengan 200 wartawan yang kebanyakannya mempercayai aliran New Age turut serta.


Bagaimanapun, 100 anggota polis yang membuat sekatan jalan raya berkata, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke kampung itu sehingga hari Krismas. Sementara itu, Datuk Bandar Bugarach, Jean-Pierre Delord turut meminta golongan fanatik tidak memasuki kampung berkenaan.


“Kami tidak mahu orang ramai ke sini atas sebab tidak wajar dan kami tidak boleh bertolak ansur dengan jumlah pengunjung yang ramai,” katanya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ucapan salam kukuh ukhuwah


UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat berikutan mereka sudah terbiasa mengucapkan ‘hai’ atau ‘bye-bye’ apabila bertemu dan berpisah sehingga ucapan salam yang mulia dipinggirkan.
Perlu difahami betapa ucapan salam yang disyariatkan mempunyai impak yang sangat besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia. 
Malah, ucapan berkenaan dinilai sebagai ibadat dalam konteks mengamalkan sunnah warisan agung tinggalan Rasulullah.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)



Selain itu, ucapan salam yang disertai perbuatan berjabat tangan juga adalah sunnah yang dituntut.


Walaupun demikian ia masih tertakluk kepada hukum bersentuhan antara bukan mahram yang perlu dipelihara.

Dewasa ini amalan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi seakan menjadi perkara biasa, walhal ia adalah perbuatan dosa yang semestinya dijauhi.

Justeru, jangan mudah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan sesiapa saja kecuali selepas dipastikan segala ketetapan agama dipatuhi sepenuhnya.

Ataupun jika terdesak untuk berjabat tangan berusahalah untuk mengelak dengan cara yang bijaksana tanpa menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain.

Membongkokkan badan sambil berjabat tangan juga adalah perbuatan terlarang.
Ini bagi mengelak wujudnya unsur syirik penyembahan sesama makhluk.

Adapun perbuatan saling berpelukan dan berciuman ketika bertemu adalah diharuskan terutama apabila seseorang pulang daripada musafir yang jauh seperti ketika menyambut kepulangan jemaah haji yang selamat pulang ke tanah air.

Perbuatan berdiri untuk mengagungkan seseorang yang lain juga adalah tidak disukai Rasulullah. Justeru itu, sahabat tidak pernah berdiri apabila melihatnya.

Lalu timbul pula persoalan mengenai bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan.

Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada sebuah riwayat lain yang menyatakan “Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmiziy).

Memandangkan betapa hebatnya ucapan salam dan pahala yang disediakan untuknya, umat Islam diseru tidak lagi memandang remeh amalan baik mengucapkan salam ketika bertemu dengan saudaranya yang lain.

Malah, yang terbaik dikalangan mereka adalah yang pertama mengucapkan salam. Ucapan ini juga adalah hak dan tanggungjawab seorang Muslim dengan Muslim lain yang perlu dilunaskan.

Padamasa yang sama janganlah pula kita terlalu mengagungkan ungkapan lain yang tidak bersesuaian dengan kehendak syariat mahupun budaya kesopanan masyarakat Timur.

Begitu juga amalan masyarakat di Barat yang saling berpelukan dan berciuman antara lelaki dan perempuan ketika bertemu tidak kena sama sekali untuk dipraktikkan di negara ini.

Masanya sudah tiba untuk setiap individu Muslim kembali mempraktikkan segala ajaran agama dalam kehidupan seharian mereka.

Ini boleh dilaksanakan dengan mula menyebarluaskan ucapan salam di mana-mana saja.

Melalui pelaksanaan amalan ini juga, umat Islam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati kerana saling mendoakan antara satu sama lain. 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bapa reda takdir anak


KOTA TINGGI: “Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan sebaik dimaklumkan pegawai Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom (UK) yang Fazli meninggal dunia.

“Saya hanya reda dan berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan Allah,” kata Fadzilah Samsudin, 49, bapa Mohd Fazli, 24, pelajar Universiti LimKokWing Cawangan London yang mengikuti pengajian Pengimejan Kreatif dan Fotografi Digital selama lima bulan. 
Ketika kejadian, arwah mengikuti program ‘Kepimpinan Belia Felda’ di Chingford, UK bermula Selasa lalu. 

Berdasarkan maklumat diberikan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di London, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang hadir sepanjang program, arwah dikatakan keluar berjoging dan kembali semula pada jam 8 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) sebelum rebah di dewan makan, kelmarin.

Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Anizu, Fazli bagaimanapun pulih sebelum meminum secawan kopi dan keluar kembali dan ketika itu arwah dikatakan rebah kali kedua.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sakit perut petanda awal endometriosis


Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, endometriosis adalah satu keadaan luar biasa yang mana tisu daripada selaput dalam rahim yang digelar endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Selaput ini biasanya hadir bersama darah haid. Oleh itu campuran darah daripada rahim dengan tisu yang berkecai daripada lapisan endometrium serta bakteria yang digelar sebagai darah haid.

“Ramai wanita masih tidak mengetahui penyakit ini sedangkan mereka menghadapinya. Antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.

“Sehingga kini punca sebenar penyakit endometreosis masih belum diketahui, namun ada teori mengatakan ia berpunca daripada darah haid yang berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini. 
Menurutnya, ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian lain di dalam badan. Ia juga mungkin membabitkan mekanisma lebih kompleks, yang mana wujud interaksi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis juga kerap terjadi pada wanita dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an, juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak. 

Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu jika seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu turut mengalaminya.

Jelasnya, endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh, termasuk paru-paru dan hati, tetapi sangat jarang berlaku.

“Meskipun tisu endometrium berada di luar kawasan yang sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku ketika kitaran haid wanita.

“Seperti haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, begitu juga dengan cara sama dengan dinding rahim yang akan gugur dan berdarah ketika kitaran haid.

“Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran melekat antara satu sama lain.

“Jika tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan menyebabkan struktur organ pelvis beralih dari kedudukan normal,” katanya yang berharap golongan wanita akan lebih peka terhadap penyakit ini. 

Sebagai contoh paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur Fallopio berjauhan daripada ovari dan jika berlaku ovulasi, telur tidak dapat dicapai salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes lebih serius, kerosakan mendalam pada salur Fallopio menyebabkan ia tersumbat, rosak dan kemandulan akan berlaku.

Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah ketika kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah, iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Jika keseluruhan ovari diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan folikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. 


Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Apakah gejala endometriosis?

  • Sakit pada bahagian pelvis antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa ketika melakukan hubungan seks, membuang air kecil atau air besar.
  • Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih pada peringkat awal dan mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin berada pada tahap endometriosis teruk.
  • Dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal hinggalah wanita berkenaan berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda atau gejala.


    Bagaimana diagnosis dilakukan?

    Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan ultra sound. Jika mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis.


    Rawatan

    Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kedua-duanya sekali. 

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday, 20 December 2012

    AMARAN PADA KAUM HAWA

    Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam.Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cerminbelakang kereta saya. Bila saya tanggalkan 
    pelekat tu kat rumah,rupa2nya cuma resit pam minyak .” AMARAN DARI PIHAK POLIS 

    – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG 

    KENDERAAN ANDA


    – CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

    Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempatparking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine keretadan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untukmelihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balikkereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juabenda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampaidibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluardari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Diamungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan keretaanda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalamkereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumahkita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kitatelah diperolehi!

    ~ Sama-sama membenteras jenayah ~

    BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

    Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian..
    harap maklum. sebarkan pada rakan-rakan terutama wanita
    Sumber :- Email sahabat omaQ.org 
    sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

    Perhatian!!!!!airis hanya berkongsi cerita ini sahaja,ianya tidak pernah berlaku pada airis.
    Empunya blog minta di sebarkan untuk kaum wanita
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    URGENT! Jom Tonton Video Nih

    Luangkan sedikit masa menonton slide di bawah. Ia menunjukkan bahaya penggunaan tuala wanita yang tercemar oleh DIOXIN dan akibatnya.
    “Kita betulkan yang biasa, dan kita biasakan yang betul”


    kredit byDatangBulan.net


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuala Wanita Satu Ancaman??

    Menakutkan apabila setiap bulan wanita termasuk aku menghadapi ancaman tuala wanita kalau ambil remeh tentang kebersihan dan penjagaannya. Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau. Aku pun baru tahu pasal ini.

    Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia
    Dioksin menyebabkan:
    1. Ketidakstabilan hormon 
    2. Kanser Payudara
    3. Kanser Ovari
    4. Kanser Usus
    5. Endometriosis
    6. Kemandulan
    7. Fibroid
    8. Keguguran
    9. Jangkitan pada uterus 
    10. Melemahkan sistem imuniti badan

    Ciri-ciri Tuala Wanita
    Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’
    Pembungkusan di kilang masih secara manual. Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.
    Penuh dengan bakteria
    ”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. – Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987
    Tiada tarikh luput (Expiry Date)
    Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?
    Pelapik Luar Tidak Telus Haba
    Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.
    Tiada Bahan Anti-Bakteria
    Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci. Jagalah kebersihan dengan sempurna terutama ketika haid. Sangat membahayakan sekiranya dipandang rendah wahai kaum wanita sekalian..
    Betul ke ni cara buat tuala wanita?
    Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat
    (35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
    Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah 15 000 kali !!!  Ada bran?????
    sumber : hitamerahputih.blogspot.com

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday, 18 December 2012

    Keselamatan Anda Ketika Petir


    1.Jauhkan dari tempat tinggi dan juga kawasan permatang, lebih tinggi anda berada lebih tinggi risiko yang anda bakal alami.
    2.  Jauhkan diri dari kawasan gua yang berair dikhuatiri kuasa elektrik yang mengalir akan bertumpu di kawasan ini.
    3.Jauhkan diri anda dari sesuatu objek dikawasan lapang misalnya pokok atau bahan yang boleh menarik elektrik misalnya bahan berasaskan besi, tembaga dll, jika anda tidak boleh mengelak dari kawasan ini lakukan ‘Cone of Protection’Seperti gambarajah dibawah. Jauhkan diri anda dari kawasan lapang ketika petir berlaku.
    4.  Elakkan dari bahan – bahan berasaskan besi dan jauhkan diri dari kawasan berair, bahan tersebut termasuklah messtin, batang khemah, dan juga barangan perhiasan anda.
    5.Jika anda berada didalam kumpulan pastikan anda menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang – kurangnya 15 kaki antara satu dengan lain. Ini membolehkan sebarang kejadian yang berlaku anda dapat diselamatkan, jika duduk didalam satu kumpulan pasti semuanya akan terlibat jika disambar petir.
    6.Jauhkan dari tempat terbuka, tempat terbaik ketika petir ialah di kawasan yang banyak pokok.
    7.Duduk diatas alas ‘ Sleeping matt’ atau pun diatas beg dalam kaedah mencangkung dan tutup telinga anda pastikan seminima mungkin contact/sambungan tubuh badan anda dengan tanah.
    8.Selepas hujan mulai reda atau tanda – tanda guruh telah tiada perhatikan dan lakukan pengamatan dalam masa 30 minit selepas tanda – tanda tersebut, sekiranya tiada lagi guruh maka aktiviti boleh disambung kembali.
    9.Jangan lupa mohon pada tuhan agar diselamatkan dan diberi perlindungan kepada kita.
    kredit to altitude2U


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Taktik Perogol Kejam


    Aku terjumpa satu artikel ni ketika sedang menerjah blog yang aku tercari cari satu info yang amat aku perlukan,tapi tak yah lah tahu info ape coz info tu untuk aku dan cik baby aku la.So aku nak kongsi la dengan korunk,kot-kot ada yang tak tahu lagi kan.Benda ni aku mang dah tahu lama pun..jom baca.

    Jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi

    Begini ceritanya;
    Kawan die keluar ofis agak lewat iaitu agak malam jugak.Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kerana kesian dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia  sorang-sorang.Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.

    Budak tu kemudiannya menunjukkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya.Perempuan itu dikira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa-apa terus bawa budak itu ke alamat tersebut.

    Setibanya di rumah itu,dia pun menekan loceng pintu.Sejurus kemudian dia pengsan.Ini disebabkan loceng tersebut telah di sambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

    Apabila dia tersedar,dia berada di sebuah rumah kosong dikawasan berbukit dan tanpa sebarang pakaian di badannya.Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan.Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

    Begitulah keadaannya,jenayah sekarang makin menjadi-jadi dan teramat lah kejam.

    Jika anda terserempak dengan seorang budak,jangan sesekali turuti kemahuannya,sebaliknya hantar budak itu terus ke balai polis yang berdekatan.


    p/s: sila share dengan kaum hawa semua..( dah baca kan?..komen lah,ape tunggu lagi! )


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday, 17 December 2012

    Hawa



    An~Nisa


    Wahai !! Kaum Hawa
    Kita cuma An~Nisa para Pendosa
    yang terbanyak menghuni neraka
    Lantas walau tidak setabah Mujahidah

    Namun tabahlah pada ketetapan Allah ...

    Kerana pada~Nya ada Syurga!!!

    Walau tidak semulia Para Wanita Sirah
    tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
    Kerana Pada~Nya ada Pahala!!
    Walau tidak sesabar wanita solehah
    Namun sabarkan jiwa dari nafsu deria
    yang menyeksa kerana padanya ada Bahagia...

    MJ ♥ ♥

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    KITA HIDUP DALAM 3 HARI SAHAJA



    1. Semalam – Sudah menjadi sejarah 
    2. Hari Ini – Apa yang sedang kita lakukan 
    3. Esok – Hari yang belum pasti 

    Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? 

    Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 

    HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS : 
    1. Nafas Naik
    2. Nafas Turun

    Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian

    Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

    Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari

    tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

    HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
    1. Hidup dalam keredhaan Allah
    2. Hidup dalam kemurkaan Allah

    HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
    1. Kekal didalam neraka
    2. Kekal didalam syurga

    Dan anda sendirilah yg menentukan pilihan hidup anda…..

    Wallahu’alam…….



    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sebijik Betik Didalam Betik

    (14/12/2012)



    KOTA BHARU: Sebiji betik kecil ditemui seorang warga emas, Mat Lazim Ab Rahman 61 

    tahun, dalam betik seberat 1 kilogram yang dipetik dari kebunnya, di sini. 

    FOTO Mohd Hakimi Roslee (14/12/2012)

    kredit by Harian Metro

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com