^ ^

Saturday, 15 June 2013

Rahsia Tandatangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan,cube perhatikan tanda tangan anda yang macam mana tapi AWASSSS jangan terlalu percayai 100% ek..okey!


1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak


Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

RAHSIA HARI WANITA DILAHIRKAN

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. 



RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara. 



KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

p/s: Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUT NYER..JOM CHECK SKARANG


  "Balik ni tengok rambut boyfriend ke, papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri..!


1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN

-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'

- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU

- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'

- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'

- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan.


p/s: Nasib baek En Hubby rambut botak..ala-ala askar gitu....keh keh keh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 26 May 2013

Ulangtahun Perkahwinan Ke 6

Assalamualaikum..
Lama dah airis x jenguk blog airis..hu hu maklum lah bussy manjang jew (poyo jew). Sebenarnye hari nih airis seronok sangat2 coz hari nih hari paling bersejarah untuk airis dengan En Hubby..!
Kalau korunk nak tahu hari nih 26 MAY 2013 adalah hari ULANGTAHUN PERKAHWINAN airis dengan En Hubby yang ke 6..lame gak tuh nak bertahan angka '6'. Banyak suka duka airis dengan En Hubby lalui sepanjang 6 tahun melayari bahtera.
So sempena hari ulangtahun perkahwinan airis nih airis hadiahkan En Hubby 'Wallet' idaman En Hubby,harge nye x la mahal tpi sekurang kurangnye airis dapat tunjuk kan kat En Hubby yang airis sesangat ler menghargai pengorbanan En Hubby selama nie..tpi En Hubby dah g tahu awal2 nak ajak 'DINNER' malam ni tpi anak2 x bawak la...privacy la kate kan..
Ape pun airis berdoa pada Allah agar rumahtangga airis sentiasa di redhai Allah SWT,mudah mudahan hidup aman damai ke anak cucu...weee prasan dah nak ada cucu padahal anak kecik2 lagi(keh keh)


Wat En Hubby HAPPY ANNIVERSARRY dari isterimu...!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 28 April 2013

HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA..DIA SELALU LUPA!



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab, "Sudahkan engkau melihat detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin!"

Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata".

"Untuk apa?" Tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempersonakan lelaki. Ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan. Mampu menyanyi ketika menangis. Menangis saat terharu.Bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya. Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan. Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang. Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia. Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka".

Allah SWT berfirman:

"Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikan kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya".

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusak suaminya untuk melindungi hatinya".

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu".

"Dan akhirnya, aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia diperlukan".

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang dia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada".

"HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA.............

BETAPA BERHARGANYA DIA......"
>...kredit to azimah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 27 April 2013

BACA BUKU SECARA DIGITAL

Bagi anda yang masih lagi belum merasai keseronokan membaca buku secara digital di smartphone mahupun tablet anda,eMall Karangkraf menyajikan anda  secara PERCUMA  Edisi Khas Sajian Selera Mingguan Wanita.

Feel it, Enjoy it, Love it, Like it and Share it

Langkah-langkah muat turun adalah seperti berikut:

1: Buka aplikasi eMall di tablet atau smartphone anda.
2: Cari FREE di bahagian Magazines
3: Klik FREE di situ.
4: Majalah tersebut akan berada di library anda!
Sajian Selera (3 gambar)
p/s :..pada yg ada tablet la yer
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 23 April 2013

SAAT INDAH BAYI DALAM RAHIM WANITA

(1-9 Weeks)

(10-14 Weeks)

(15-20 Weeks)

(21-27 Weeks)

(28-37 Weeks)

(Labour and Birth)
p/s : kredit to babycenter



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 31 March 2013

UNTUK LELAKI@SUAMI


Kepada lelaki,
Kecantikan perempuan bukanlah kesempurnaan , ada hati yang lebih cantik yang perlu kau tahu. Suatu keegoisan , bila hanya menuntut kesempurnaan wajah, tak akan ada hati yang tenteram.

Cubalah lihat kecantikan hati wanita tanpa kecantikan tubuh dan wajahnya, hatimu tentunya akan senang.

Kepada lelaki,
Disaat perempuanmu bergelut dengan kanser yang meragut kecan...tikannya, apakah segala rasa yang kau miliki kepadanya masih lengkap?

Mungkin hanya dari keikhlasan saja rasa itu masih terpatri, mungkin pula rasa itu akan bertambah, hanya dengan dua kata itu cinta sejati akan terbukti dari perjanjian hati yang pernah kau ikrarkan dulu kepada perempuanmu.

Kepada lelaki,
Jangan kau pandang hanya dengan belas kasihan wajah perempuanmu yang sayu dan kuyu, jangan kau pandang tanpa cinta badannya yang kurus kering, bila kanser menyerang dan meragutnya, pandanglah dengan cinta yang pernah hadir untuknya, kerana ujiannya ujianmu, deritanya deritamu, sakitnya sakitmu.

Kepada lelaki,
Hanya dengan cintamulah, semangat perempuanmu tumbuh, bila ada dalam sakit menderita dari ujian-NYA, hanya dengan kasih sayangmulah kekuatan hidupnya akan teguh, hanya dengan senyumanmulah, kesihatannya akan pulih kembali.

Kepada lelaki,
Kemuliaan hatimulah yang diperlukan oleh perempuanmu disaat kanser itu menyerang. Kesedaran dan kesabaranmulah yang akan membawa cinta kasihmu bertambah untuknya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS



Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 21 February 2013

Romantik Itu Sunnah Nabi

Assalamualaikum..
Sebut pasal romantik mesti korang terbayang memori masa mula2 dulu dating dengan suami masing2 kan?..airis pun macam tu jugak masa mula2 first dating dengan hubby,bayang kan airis kenal hubby masa umur airis 15 tahun,lepas airis tamat SPM baru lah contact hubby(masa tuh hubby kerja PeroDua Selangor) dan bermula lah date yang pertama airis dengan hubby airis. Dalam setahun hanya sekali je jumpa itupun hubby datang kat Melaka,kira jumpa tanpa pengetahuan keluarga la.

Jom kita singkap gaya romantik Rasul kita..

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan

Memang tak di nafikan masih ramai suami yang masih malu2 nak bersikap romantik dengan isteri..termasuk suami airis..nak baca lagi mengenai sikap romantik yang di pamerkan Rasulullah?..jom terjah blog nih Laman Tinta
p/s :..Jom share ngan airis memori korang dengan suami masa mula2 knal dulu..mesti seronok kan.!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 14 February 2013

Allah Jua Yang Menentukan

Assalamualaikum..
Lama sesangat dah airis tak update blog airis. Next week friday airis terpaksa di tahan ward ( Hosp Putrajaya ) untuk DNC,doktor cakap tak der cara lain dah memandangkan kandungan airis hanya ada sarung baby sahaja..baby nye tak der,kali terakhir airis wat checkup hari rabu 13/2/2013..scan dah 7 kali tapi still tak der baby.

Ape pun airis terima dengan redha kehendak Nya,mungkin Dia nak beri yang lebih baik untuk airis pada masa akan datang,airis hanya mampu berdoa agar airis sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah..dan mengharapkan ada sinar baru untuk tambah anak. Airis teringat sesuatu tentang hidup nih
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. ... ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" .....

Bila kita mula merancang sesuatu Allah terlebih dulu telah merancang untuk kita iaitu hamba Nya. Kebahagiaan,kekecewaan dan apa yang perlu kita hadapi untuk hari-hari seterusnya,sejauh mana kekuatan kita untuk hadapi ujian Nya yang sedikit dan sebanyak mana kita mengingati Nya . Itulah yang airis pegang dan simpan dalam hati..yakin pada Allah yang Allah nak bagi yang lebih baik untuk airis..aminnn.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 2 February 2013

Airis Tak Nak Follow?

Assalamualaikum..
Airis harap sume kengkawan airis sihat walafiat di samping orunk yang tersayang. Ok..now airis nak perbetulkan salah faham seorang 'blogger'..kira bebudak lagi la,biar lah airis rahsia kan nama sorang blogger comel nih.

Cik adik nih tanya kat airis :
Kak airis?nape akak lambat follow kite n lambat bagi komen kat blog kite? Kite slalu datang kat blog akak,klau komen pun nape lambat sangat ek?..3,4 @ 5 hari baru nak bagi komen kat blog kite,blogger lain cepat je!
Now,now and now..airis jawab! Airis bukan blogger sepenuh masa coz airis pun bekerja makan gaji gak macam kengkawan lain. Cara airis FOLLOW blogger pun ikut masa yang ada,bukan airis pilih2 nak follow ataupun 'pilih bulu' la.
Biasa nyer airis akan follow blogger bebanyak dlu,and then bila ada kelapangan baru airis akan bagi komen kat blog yang airis follow tuh. 

Sekarang airis ngah pregnant 2 bulan tapi ada masalah. Masalah nyer sarung baby ada tapi baby x dapat di kesan,kira x der baby dalam kandungan airis. So doktor bagi tempoh 1 bulan lagi untuk scan lagi skali,kalau baby x de gak terpaksa wat DNC ataupun cuci rahim tuh..sedihnyer hanya Allah yang tahu. Hari2 airis sedih,mengadu pada Allah...agar di berikan kekuatan untuk airis hadapi dugaan dari Allah.Apa yang airis fikir..Allah sayangkan airis,sebab tuh Allah duga airis.

Airis gagahkan jugak diri nih untuk beri penjelasan,takut nanti kata airis x nak layan pulak..maklum lah tengah stress pikir kan kandungan airis.
Airis harap dengan penjelasan airis tadi tuh dapat melenyapkan persoalan blogger comel dan blogger lain,kalau airis x follow blogger tolong ingatkan airis,mungkin airis terlupa..jangan risau airis x kan marah. Ape pun airis doakan agar segala urusan kengkawan di permudahkan Allah  SWT..aminnn!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 28 January 2013

Hadiah Terindah

Assalamualaikum..
Lama sesangat dah airis tak update blog nih,tetibe je hari nih lepas balik dari checkup klinik rasa gajin pulak nak update blog..yang paling airis tak sangka FOLLOWER airis dah capai 112 orang..terima kasey sesangat pada follower airis.

Hari nih airis ada berita gembira yang nak dikongsikan ngan kengkawan semua.
Pagi tadi lam kol 10.00am airis g klinik wat checkup pregnant sekali lagi(saje wat test untuk kepastian)..alhamdulillah,doktor cakap airis hamil 2 bulan.Hubby pun tersengih-sengih macam tak percaya tapi doktor nasihatkan bebanyak rehat coz airis ada masalah rahim lemah..dah 4 kali airis keguguran.

Esoknyer pulak airis nak kena g Hospital Seremban untuk ambik suntikan kuat kan rahim..mudah-mudahan semuanya selamat..aminnnn!

Pada kengkawan airis yang masih lum ada baby jangan sedih,insyaallah..Allah Maha Pengasih,pasti Dia berikan kita anak,sama ada lambat @ cepat kita kena berdoa,,usaha dan yakin pada Allah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 19 January 2013

Negative or Positive?

Assalamualaikum..
Hari nih pepagi lagi airis dah bangun nak wat 'pregnant test'. Lpas dah wat airis pun tunggu lam 10 minit biar lama sikit,lpas 10 minit trus airis dapatkan 'pregnant test'..cube tengok gambar nih!


Perasaan airis masa tuh mang sedih la,walaupun ada 2 line [1 line terang n 1 lagi tak terang] tapi masih belum pasti yang airis pregnant..3 tahun airis menunggu untuk tambah anak yang ke 2,apakan daya belum lagi rezeki airis.

Bila tunjuk kat hubby,hubby cakap 'jangan sedih,insyallah Allah pasti mendengar doa hambanya..lagi2 doa seorang 'ibu'..trus hubby peluk airis tapi airis tahu hubby pun sedih gak..mungkin ada lebih ramai lagi 'isteri' kat luar sana yang masih belum ada anak..ape pun airis bersyukur masih ada anak pertama..Siti Maisarah' nama 
nya..ini die anak airis berumur 4 tahun.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 17 January 2013

Penawar Stress

Sebut je 'stress' sume orunk pasti dah mengalaminya termasuk empunya diri. Tapi mesti kite nak tahu cara hilangkan stress yang paling berkesan(bagi airis lah). Cara nya cukup mudah..senang je!


' Genggam lah tangan orang yang paling hampir dengan kita,bukan genggam marah tapi biarlah genggaman penuh kasih dari seorang isteri..contoh nya suami korunk lah,tapi pastikan suami korunk dalam mood yang OK atau HAPPY. Dengan genggaman tu lah akan buat korunk rasa lebih aman.'
' Mengikut pakar sentuhan tangan boleh menjadi penawar kerana ia akan membuat kita berasa seolah olah disayangi dan diperlukan pada bila-bila masa. Perasaan ini akan membuat kita berasa lebih  tenang dan dapat membantu mengurangkan ketegangan.'
Selain tu ambil wudhu dan solat lah..itu pasti lebih baik dan terbaik..!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Koleksi Baju Hamil

Salam..hari ni airis nak tunjukkan koleksi baju mengandung airis. Tetibe je rajin nak upload baju-baju nih,..semua baju ni korunk(yang sudah bergelar isteri/mama/umi/ibu) leh dapatkan di butik 9 month maternity,beli secara online jek key.
Amacam?....cantik tak baju-baju nih?

( RM89.90)

(RM139.90)
(RM129.90)


(RM79.90)

(RM79.90)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 14 January 2013

Fadhilat Jumaat


1) Berlakunya hari kiamat. Dalam satu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan juga disingkirkan dari syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari. Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku. 


6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wanita & Obsesi Duit



Wanita zaman kini dikatakan obses wang. Bukan untuk menunjuk atau lambang status tetapi wang menjadi penting demi kecantikan, keindahan dan fesyen. Adakah ini fakta, realiti atau tuduhan tidak berasas semata-mata? 




Hakikatnya semua orang perlukan wang dan impikan punya duit yang banyak. Boleh beli apa sahaja, tidak perlu berhutang, pakai barangan atau produk berjenama dan tidak perlu tahan nafsu untuk mendapatkan apa yang dihajati. 





Kerana keinginan yang semakin menjadi 'keperluan' itu, mereka semakin obses mencari wang dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan ia mendatangkan wang. Bisnes dalam talian atau online menjadi pilihan dan kebanyakannya melibatkan bidang kecantikan dan fesyen.

Rata-rata pengusaha bisnes online hari ini adalah wanita dan kebanyakannya menjual baju dan tudung. Secara tidak langsung, ia telah berjaya menyemarakkan trend membeli belah secara maya. Wanita-wanita ini juga berjaya dengan bisnes mereka dan boleh buat duit melebihi pendapatan bekerja di pejabat.

Namun semakin banyak mereka mengumpul, semakin banyak mereka berbelanja. Memuaskan diri sendiri dan akhirnya ada yang berbelanja lebih daripada menyimpan. Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Itu adalah ukurannya. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 12 January 2013

Fakta Tentang Wanita


Sebenarnya perempuan lebih
suka lelaki yang
pandai buat lawak, yang mampu
membuat mereka
tertawa dan bahagia berbanding
lelaki tampan yang
tak mampu berbuat apa-apa.

setuju?....sila like!..^_^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

CCTV DALAM BILIK AIR HOTEL

AWASSSS!!!!..amaran pada korunk yang pergi holiday kat mana2 lah,terutama kat hotel,pastikan korunk spotcheck betul2 dalam bilik mandi pastu barulah mandi kalau x de..ok.

Sumber : Slumber Network

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 7 January 2013

Anda Perlu Tahu


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 
 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 
 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 
 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 
 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 
 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 
 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 
 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 
 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 
 10.Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

 p/s :..fikir-fikirkan apa yang korunk rasa

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jom Belajar Cara Makeup Paling Simple

Tak kira sape pun mesti nak makeup yang simple..tak nak tebal. Tak kira lah kulit korunk jenis yang sensitif ke,biasa..ada yang berminyak mesti nak nampak cute dengan makeup yang simple..airis pun ikut cara macam nih dalam video kat bawah tapi airis tak guna produk simplysiti pun..just ikut cara yang paling senang je.

[ SimplySiti Make Up Tutorial ] 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 6 January 2013

Wedding

Gambar perkahwinan kakak 

( akad nikah )

 ( Persalinan )


Semoga kekal ke akhir hayat...amin.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 2 January 2013

ISI HATI LELAKI…adakah anda tahu?


Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-
Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
  • Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
  • Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
  •  Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
  • Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
  • Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple!
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
  •  Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
  • Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically…
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.
  • Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
  • IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com