^ ^

Monday, 14 January 2013

Wanita & Obsesi Duit



Wanita zaman kini dikatakan obses wang. Bukan untuk menunjuk atau lambang status tetapi wang menjadi penting demi kecantikan, keindahan dan fesyen. Adakah ini fakta, realiti atau tuduhan tidak berasas semata-mata? 




Hakikatnya semua orang perlukan wang dan impikan punya duit yang banyak. Boleh beli apa sahaja, tidak perlu berhutang, pakai barangan atau produk berjenama dan tidak perlu tahan nafsu untuk mendapatkan apa yang dihajati. 





Kerana keinginan yang semakin menjadi 'keperluan' itu, mereka semakin obses mencari wang dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan ia mendatangkan wang. Bisnes dalam talian atau online menjadi pilihan dan kebanyakannya melibatkan bidang kecantikan dan fesyen.

Rata-rata pengusaha bisnes online hari ini adalah wanita dan kebanyakannya menjual baju dan tudung. Secara tidak langsung, ia telah berjaya menyemarakkan trend membeli belah secara maya. Wanita-wanita ini juga berjaya dengan bisnes mereka dan boleh buat duit melebihi pendapatan bekerja di pejabat.

Namun semakin banyak mereka mengumpul, semakin banyak mereka berbelanja. Memuaskan diri sendiri dan akhirnya ada yang berbelanja lebih daripada menyimpan. Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Itu adalah ukurannya. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com