^ ^

Thursday, 21 February 2013

Romantik Itu Sunnah Nabi

Assalamualaikum..
Sebut pasal romantik mesti korang terbayang memori masa mula2 dulu dating dengan suami masing2 kan?..airis pun macam tu jugak masa mula2 first dating dengan hubby,bayang kan airis kenal hubby masa umur airis 15 tahun,lepas airis tamat SPM baru lah contact hubby(masa tuh hubby kerja PeroDua Selangor) dan bermula lah date yang pertama airis dengan hubby airis. Dalam setahun hanya sekali je jumpa itupun hubby datang kat Melaka,kira jumpa tanpa pengetahuan keluarga la.

Jom kita singkap gaya romantik Rasul kita..

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan

Memang tak di nafikan masih ramai suami yang masih malu2 nak bersikap romantik dengan isteri..termasuk suami airis..nak baca lagi mengenai sikap romantik yang di pamerkan Rasulullah?..jom terjah blog nih Laman Tinta
p/s :..Jom share ngan airis memori korang dengan suami masa mula2 knal dulu..mesti seronok kan.!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com