^ ^

Saturday, 18 January 2014

Tanda Wanita Itu Hamil

  1.  
    1. Tidak mendapat haid/ menstruasi

    Ini merupakan tanda pertama adanya kehamilan. Menstruasi berhenti kerana rahim dipersiapkan untuk kehamilan. Sebaiknya anda mengetahui bila Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT), yang dapat digunakan untuk menentukan usia kehamilan dan bila perkiraan tarikh bersalin. Hal ini perlu diingatkan apabila tidak datang haid selain sebagai tanda awal kehamilan juga dapat disebabkan oleh faktor lainnya.
  2. Mual dan muntah
    Dikenali sebagai “morning sickness” kerana rasa mual dan muntah,sering terjadi pada pagi hari bulan pertama kehamilan. Tetapi, mual muntah ini terjadi pada setiap waktu. Hampir 50% wanita hamil mengalaminya. Hal ini terjadi kerana adanya perubahan hormon yang mendadak akibat proses kehamilan.
  3. Sering buang air kecil
    Terjadi kerana kandungan tertekan oleh rahim yang membesar sehingga menimbulkan rasa ingin buang air kecil,juga kerana peningkatan hormon kehamilan. Keluhan biasanya pada awal kehamilan, dan berkurangan setelah 12 minggu dan timbul kembali setelah kehamilan 28 minggu.
  4. Mengidam
    Beberapa wanita akan merasa menginginkan makanan-makanan tertentu. Ini terjadi pada bulan-bulan pertama kehamilan. belum diketahui secara ilmiah mengapa rasa seperti ini timbul.
  5. Payudara membesar
    Payudara menjadi lebih besar dan kencang. Puting susu membesar dan berwarna lebih gelap, kadang-kadang terasa gatal dan sakit serta lebih sensitif terhadap sentuhan.
  6. Sembelit atau konstipasi
    Terjadi pada 50% wanita hamil, dan ini terjadi karena perubahan hormon dan penekanan rahim yang semakin membesar
  7. Rasa mengantuk
    Timbul rasa mengantuk yang berlebihan meskipun sudah cukup tidur, yang bukan disebabkan oleh kelelahan tetapi kerana adanya perubahana hormon selama proses kehamilan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Pengomen Terhebat:

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com