^ ^

Saturday, 19 January 2013

Negative or Positive?

Assalamualaikum..
Hari nih pepagi lagi airis dah bangun nak wat 'pregnant test'. Lpas dah wat airis pun tunggu lam 10 minit biar lama sikit,lpas 10 minit trus airis dapatkan 'pregnant test'..cube tengok gambar nih!


Perasaan airis masa tuh mang sedih la,walaupun ada 2 line [1 line terang n 1 lagi tak terang] tapi masih belum pasti yang airis pregnant..3 tahun airis menunggu untuk tambah anak yang ke 2,apakan daya belum lagi rezeki airis.

Bila tunjuk kat hubby,hubby cakap 'jangan sedih,insyallah Allah pasti mendengar doa hambanya..lagi2 doa seorang 'ibu'..trus hubby peluk airis tapi airis tahu hubby pun sedih gak..mungkin ada lebih ramai lagi 'isteri' kat luar sana yang masih belum ada anak..ape pun airis bersyukur masih ada anak pertama..Siti Maisarah' nama 
nya..ini die anak airis berumur 4 tahun.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 17 January 2013

Penawar Stress

Sebut je 'stress' sume orunk pasti dah mengalaminya termasuk empunya diri. Tapi mesti kite nak tahu cara hilangkan stress yang paling berkesan(bagi airis lah). Cara nya cukup mudah..senang je!


' Genggam lah tangan orang yang paling hampir dengan kita,bukan genggam marah tapi biarlah genggaman penuh kasih dari seorang isteri..contoh nya suami korunk lah,tapi pastikan suami korunk dalam mood yang OK atau HAPPY. Dengan genggaman tu lah akan buat korunk rasa lebih aman.'
' Mengikut pakar sentuhan tangan boleh menjadi penawar kerana ia akan membuat kita berasa seolah olah disayangi dan diperlukan pada bila-bila masa. Perasaan ini akan membuat kita berasa lebih  tenang dan dapat membantu mengurangkan ketegangan.'
Selain tu ambil wudhu dan solat lah..itu pasti lebih baik dan terbaik..!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Koleksi Baju Hamil

Salam..hari ni airis nak tunjukkan koleksi baju mengandung airis. Tetibe je rajin nak upload baju-baju nih,..semua baju ni korunk(yang sudah bergelar isteri/mama/umi/ibu) leh dapatkan di butik 9 month maternity,beli secara online jek key.
Amacam?....cantik tak baju-baju nih?

( RM89.90)

(RM139.90)
(RM129.90)


(RM79.90)

(RM79.90)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 14 January 2013

Fadhilat Jumaat


1) Berlakunya hari kiamat. Dalam satu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan juga disingkirkan dari syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari. Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku. 


6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wanita & Obsesi Duit



Wanita zaman kini dikatakan obses wang. Bukan untuk menunjuk atau lambang status tetapi wang menjadi penting demi kecantikan, keindahan dan fesyen. Adakah ini fakta, realiti atau tuduhan tidak berasas semata-mata? 




Hakikatnya semua orang perlukan wang dan impikan punya duit yang banyak. Boleh beli apa sahaja, tidak perlu berhutang, pakai barangan atau produk berjenama dan tidak perlu tahan nafsu untuk mendapatkan apa yang dihajati. 





Kerana keinginan yang semakin menjadi 'keperluan' itu, mereka semakin obses mencari wang dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan ia mendatangkan wang. Bisnes dalam talian atau online menjadi pilihan dan kebanyakannya melibatkan bidang kecantikan dan fesyen.

Rata-rata pengusaha bisnes online hari ini adalah wanita dan kebanyakannya menjual baju dan tudung. Secara tidak langsung, ia telah berjaya menyemarakkan trend membeli belah secara maya. Wanita-wanita ini juga berjaya dengan bisnes mereka dan boleh buat duit melebihi pendapatan bekerja di pejabat.

Namun semakin banyak mereka mengumpul, semakin banyak mereka berbelanja. Memuaskan diri sendiri dan akhirnya ada yang berbelanja lebih daripada menyimpan. Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Itu adalah ukurannya. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com