^ ^

Sunday, 31 March 2013

UNTUK LELAKI@SUAMI


Kepada lelaki,
Kecantikan perempuan bukanlah kesempurnaan , ada hati yang lebih cantik yang perlu kau tahu. Suatu keegoisan , bila hanya menuntut kesempurnaan wajah, tak akan ada hati yang tenteram.

Cubalah lihat kecantikan hati wanita tanpa kecantikan tubuh dan wajahnya, hatimu tentunya akan senang.

Kepada lelaki,
Disaat perempuanmu bergelut dengan kanser yang meragut kecan...tikannya, apakah segala rasa yang kau miliki kepadanya masih lengkap?

Mungkin hanya dari keikhlasan saja rasa itu masih terpatri, mungkin pula rasa itu akan bertambah, hanya dengan dua kata itu cinta sejati akan terbukti dari perjanjian hati yang pernah kau ikrarkan dulu kepada perempuanmu.

Kepada lelaki,
Jangan kau pandang hanya dengan belas kasihan wajah perempuanmu yang sayu dan kuyu, jangan kau pandang tanpa cinta badannya yang kurus kering, bila kanser menyerang dan meragutnya, pandanglah dengan cinta yang pernah hadir untuknya, kerana ujiannya ujianmu, deritanya deritamu, sakitnya sakitmu.

Kepada lelaki,
Hanya dengan cintamulah, semangat perempuanmu tumbuh, bila ada dalam sakit menderita dari ujian-NYA, hanya dengan kasih sayangmulah kekuatan hidupnya akan teguh, hanya dengan senyumanmulah, kesihatannya akan pulih kembali.

Kepada lelaki,
Kemuliaan hatimulah yang diperlukan oleh perempuanmu disaat kanser itu menyerang. Kesedaran dan kesabaranmulah yang akan membawa cinta kasihmu bertambah untuknya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS



Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Intanurulfateha.Com